lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 30 September 2017

Dian Nano Removal Cream

DIAN NANO REMOVAL CREAM
PERTAMA DI MALAYSIA

HARGA ASAL RM60.00

OFFER:

HARGA :RM 50.00
POSTAGE : RM8/12

Yeayyy produk baru dari DIAN LEGACY!! Tak perlu cabut! Tak perlu wax! Tak perlu cukur! Tambah2 bercukur kulit akn jadi kehitaman.. Nahhh hanya sapu DIAN NANO REMOVAL CREAM!!

CARA GUNA :-

sapu pada bahagian bulu , tunggu seketika (5minit ) , lap dengan wet tisu dan bilas
tak perlu cabut , tak perlu wax . tak perlu cukur


KELEBIHAN :
~Semudah ABC , tak perlu cabut , tak perlu wax . tak perlu cukur.
~Mencabut hingga ke akar.
~tidak menghitam kan ketiak / celah peha /miss v malah memutihkan
~Mengurangkan kehitaman ketiak / celahan peha / miss v
~Apabila di sapu akan keluar daki2 degil ( lihat pada tisu )
~Kesan serta merta
~Bulu lebih lmbt tumbuh ( 2mggu-3mggu )
~Kurangkan bau badan ( jika di gunakan di kawasan ketiak )
~Tidak memedihkan , tidak menyakitkan
~Ada kelulusan kkm ( NOT151200270K )

P/S :
~Boleh di gunakan semua peringkat umur ( asalkan ada bulu )
~Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu
~Di gunakan di kawasan bulu sahaja ( miss v , celah peha , punggung , kaki , peha ,misai , kening )

U ntuk kesan lama,  selepas semua bulu tiada,  sapukan dian Nano Lightener cream. Bulu akan lambat tumbuh semula.

Jangan guna kat muka tau... Kalau bulu roma kat muka,  korang gunakan masker pun dah boleh tanggal.

Berminat,  whatsapp Kaksal 019-2057039

Sabtu, 26 Ogos 2017

Perasmian Bulan Kemerdekaan 2017 SKBY

           Pada 23hb Ogos 2017 iaitu semalam,  acara Perasmian Bulan Kemerdekaan 2017 SKBY diadakan. Tema hari kemerdekaan untuk tahun ini adalah "NEGARAKU SEHATI SEJIWA".

          Dengan ini akan bermulalah berbagai aktiviti yang bertemakan merdeka di Sekolah Kebangsaan Batu Yon sehinggalah  ke sambutan hari Malaysia nanti.
Persediaan pentas pada hari sebelumnya. 
           Pagi ini,  murid-murid berhimpun di dataran SKBY diiukuti dengan bacaan doa,  nyanyian lagu negaraku dan beberapa buah lagu patriotik. Saya mengambil kesempatan merakam video untuk koleksi . Sayangnya lupa nak ambil gambar. Hanya gambar ni aje yang ada untuk dipaparkan buat korang tengok.
           Selepas perasmian oleh Puan Haliza merangkap guru besar SKBY DAN diikuti laungan merdeka oleh YDP SKBY iaitu Encik Hamzah dan murid- murid sekolah, pihak muzium Kuala Lipis telah dijemput sebagai peransang minda anak anak untuk menghargai nilai kemerdekaan negara kita.
           Walaupun mereka tidak dapat mengangkut satu muzium untuk dipamerkan,  memadai semua ini untuk menimbulkan rasa kagum dihati masing masing.
           Berbagai jenis senjata dipamerkan seperti keris dan badik.  Maafkan saya kerana gambar berkualiti tidak dapat dipersembahkan kerana cahaya lampu diatas kepala membuatkan gambar terlebih effect. Huhu...
           Saya tertarik dengan bebetapa barang antik. Jadi sayabpilih beberapa jenis barang untuk dikongsikan. Kalau korang perhatikan betul- betul,  senduk ini diukir dari kayu keras dan pembuatannya sangat rumit dan teliti. Hebatnya kemahiran dan kreativiti orang dahulu.
           Yang ini pulak,  gayung dari tempurung kelapa yang bertangkaikan kayu yang keras. Pembuatannya sangat kemas dan teliti. Teringat senduk dan cebok kat rumah saya.  Berapa bulan aje guna dah tercabut tangkailah... Pecahlah...  Tak tahan langsung.
           Yang ini pulak tepak sirih.  Tepak sirih ni antik punyalah kan... Dibuat dari tembaga.  Ternampak gobek sirih tu teringat arwah nenek saya.  Semasa hayatnya,  selalu saya menjadi tukang tumbuk sirih untuk beliau.

          Bila dia rasa nak makan sirih,  dia akan cakap "Ne,  tolong buat sieih kat Tok" .Sayapun ambillah sirih dua helai,  petik buang tangkaing,  sapukan dua calit kapur sirih,  campurkan sedikit pinang yang diracik nipis dengan kacip dan sedikit gambir.  Lipat lipat dan sumbat kat dalam lubang gobek dan tumbuk dengan alunya yang diperbuat daripada kayu bulat yang diraut cantik.

          Sayangnya saya tak pernah ambil tahu dimana gobek tersebut berada. Satu lagi yang saya ingat,  arwah mempunyai sikat yang diperbuat daripada tanduk yang berwarna hitam dan ianya juga entah ada pada siapa selepas pemergian arwah.
           Tapis santan tembaga ni juga sangat menarik. Lubangnya halus sahaja.  Zaman sekarang ni mana ada yang macam ni. Kalau adapun tapis yang lubangnya kasar dan santan perlu ditapis semula kerana kelapa banyak yang lolos.
           Bekas habuk rokok pun hado...
           Penapis atau acuan cendol ni lagilah kagum kita tau... Tempurung kelapa dikikus dan ditebuk cantik dengan pemegangnya diperbuat daripada kayu keras.  Korang cuba bayanfkan kwrja menebuk lubang tu. Bukan sebarang kerja tu... Kalau ketul,  haruslah pecah tempurung kelapa tu kan...
  
           Pinggan tembikar ni memang kuat.  Setakat jatuh sikit tu memang kalah pinggan alcoroc dan alcopal tu. Tak pecah punya. Yang empat segi tu pulak,  diorang jadikan bantal pelapik tidur. Korang hado?  Hahaha...
           Kukur kelapa yang diperbuat daripada kayu keras, siap dengan ukiran yang cantik. Kayu mampat nu tau... Berat kalau nak angkut pindah2 banjir ni. Hihi.
           Pelita?  Entahlah camana ianya berfungsi.
           Periuk tembaga ni kan... Lebih kurang dengan periuk arwah mak masak bubur untuk adik-adik saya dulu. Tapi sayapun tak pernah bertanya ayah apakah ianya masih disimpan kemas seperti ketika arwah menjaganya. Siap dibungkus kemas dan disimpan di bawah katil.
           Jongkong emas ni memang menarik perhatian ramai. "Emas betul ke tu? Berat ke? " itulah soalan yang paling top.
           Sambil menunggu giliran untuk melawat pameran, pelajar tahap satu menyertai pertandingan mewarna merdeka. Manakala pertandingan melukis poster untuk pelajar tahap dua.
          Peserta terpilih untuk gambar blog saya... Haruslah buah hati saya yang paling comel dihati ku ini... Hihi

          Dan yang terakhir sekali adalah sesi menjawab kuiz.  Bukan main seronok anak anak berebur nakkan hadiah.

          Semuanya dah berakhir dan sambutan bulan kemerdekaan baru bermula. Apa yang penting,  saya melihat satu semangat yang berjaya dipupuk dengan majlis ini.

Dikesempatan ini,  saya ingin menfucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya kirban untuk semua pembaca blog nu.

Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...