lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 16 Disember 2017

Kebas tangan sembuh dengan Vitamin C Rosehip

           Masalah Kebas Tangan Sembuh Dengan Vitamin C Rosehip Mimy Beauty? BOLEH PERCAYA KE?

          Sebenarnya, saya amatlah berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam masalah kebas tangan. Sebelum ini saya pernah buat entry tentang  VITAMIN C ROSEHIP . Klik tulisan pink kaler tu kalau nak ke sana tau... Entry tu adalah info produk dan testimoninya. Tapi testimoni orang lainlah kan,,,


          Terus terang saya katakan, Pada mulanya saya mengambil Vitamin C Rosehip ni sekadar nak cantik, nak cerah , dan nak hilangkan jeragat. Tetapi sungguh saya tak sangka ianya mempunyai impak lebih baik untuk kesihatan saya.

          Saya rasa, sesiapa yang follow blog saya pasti tahu saya pernah menjadi suri rumah sepenuh masa merangkap baby sitter kan... Pada penghujung 2015 dulu, suami saya menamatkan perkhidmatannya di Karangkraf dan menjadikan kami penghuni Kampung di Luala Lipis ni.

          Oleh kerana kami baru sahaja berpindah dan anak-anak saya mula masuk asrama, saya ditawarkan pekerjaan sebagai pekerja am. Pada mulanya berat juga hati kerana saya sangat sayangkan blog dan perniagaan online saya yang baru nak naik tu. Kalau saya bekerja, kemungkinan besar saya tidak akan cukup masa untuk merealisasikan impian saya sebagai blogger dan peniaga jaya.

          Namun begitu, saya menerima juga tawaran ini demi anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan duit untuk teruskan pelajaran mereka. Dapat bekerja setelah 20 tahun tanam anggur memang agak menyeronokkan. Saya dapat kawan baharu dan pengalaman baharu.

          Sebelum tu, saya nak ceritakan sejarah bagaimana saya terkena masalah saraf.

          Bekerja sebagai pekerja am di sekolah pada awalnya kedengaran sangat simple.

"Awak cuma perlu sapu je kat kawasan-kawasan yang akan diberitahu nanti."

          Kedengaran sangat mudah kan? Tetapi hakikat yang saya terpaksa terima, masuk kerja pukul 7.00 pagi, saya perlu menyapu selama tiga jam baru siap. Lepas tu rehat,dan lepas rehat saya buatlah apa yang patut. Banyak bilik yang perlu saya kemas.

          Lepas rehat tengah hari pula, saya kena cuci dan mop tandas selama dua jam. Membuat dua kerja ini non stop membuatkan tangan saya kebas, sendi saya ngilu. Bila nak tidur malam, tangan saya mengeras.nak genggam tangan ni pun tak boleh. Badan saya pula sakit dan tulang belulang saya menjadi ngilu seperti ada genjatan eletrik. Belum lagi kira lutut yang berkertuk kertak ni lagi. Siksa woo... Nak angkat sebiji pinggan pun rasa tak larat.

          Semakin lama saya bekerja, semakin sakit badan saya. Akhirnya saya menemui doktor. Doktor memeriksa darah saya kerana kebas kebas tangan yang saya alami sangat teruk sampai saya tidak boleh memegang sesuatu benda lebih dari lima minit. Tangan saya akan kebas dan sakit. Dikhuatiri saya mengidap penyakit kencing manislah kan...

          Selepas membuat ujian darah, Alhamdulillah...saya disahkan tiada masalah kesihatan kronok. Saya disahkan mengalami masalah saraf akibat dari membuat pekerjaan tanpa henti. Saya diberikan vitamin saraf dan disarankan banyak rehatkan tangan supaya tangan tidak stress.

          Masalahnya, mana boleh saya nak rehatkan tangan. Hendak atau tidak , kerja saya kena selesaikan juga kan... Untuk menjaga kesihatan, saya mengambil langkah berehat setengah minit setiap kali tangan saya kebas. Kerja pun terasa lambat benar nak siap. Alhamdulillah...selepas setahun baru rasa sedikit kurang. Kurang tu maksudnya tak sembuh...cuma rasa macam terkawal sikit.

          Bulan september 2017, genap setahun sembilan bulan saya bekerja. Dengan masalah saraf, gastrik, pening, loya, semua ada. Tapi Allah sayang saya. Sakit tidak datang serentak. Macam ada jadual, hari ni sakit ni, esok sakit kat tempat lain silih berganti.

         Bulan september tu juga saya kehilangan ayah tersayang yang kemalangan dengan lori tanah hari tu. Hari yang sama saya mula mengambil Vitamin C Rosehip. Selepas beberapa hari saya makan vitamin ni, badan saya tiba tiba sakit macam mula-mula saya kena masalah saraf teruk hari tu. Tangan kebas sangat . Tapi rasa tu tak sampai 24 jam pun...Saya tak ingat pulak berapa hari, tetapi macam magic tau...Tak sampai seminggu tau...bila bangun tidur, badan saya terasa ringan dan tangan saya yang tak boleh nak genggam tu terasa sangat ringan untuk digenggam berulang kali. Alhamdulillah...

          Habis sebotol Vitamin C Rosehip ( 14 hari) , Saya rasa banyak masalah saya selesai. Hakikat yang tak dapat dinafikan, saya memang banyak masalah kesihatan. Maklumlah umur dah empat series kan...

Inilah rupa Vitamin C Rosehip. kecil molek mudah ditelan.

Antara khasiat Vitamin C Rosehip dan cara makan.

Super whitening ni adalah booster untuk mempercepatkan penyerapan Vitamin C oleh badan kita.
   

BERMINAT NAM DAPATKAN VITAMIN C ROSEHIP ,

HUBUNGI WHATSAPP KAKSAL = 019-2057039

COD =KUALA LIPIS PAHANG .    

Jumaat, 15 Disember 2017

Super whitening rosehip mimy beauty


SUPER WHITENING ROSEHIP MIMY BEAUTY.
HARGA RM60.00.
30BIJI/BOTOL.
POSTAGE RM 8 SM / RM12 SS.


          Super whitening rosehip mimy beauty merupakan BOOSTER untuk membantu proses memutihkan kuit. Ia dihasilkan daripada serbuk buah rosehip dan dibuat dalam bentuk kapsul.

          Super Whitening ni sebotol untuk sebulan tau...ia merupakan supplement tambahan bagi mempercepatkan proses baik pulih sel-sel kulit . Vitamin ini juga sangat membantu bagi mereka yang ingin cerahkan kulit dengan lebih cepat. Di samping itu, ianya juga dapat menegangkan kembali kulit yang kendur.

FUNGSI SUPER WHITENING :

~ Mempercepatkan proses kecerahan kulit
~ Memutih dan menggebukan kulit satu badan.
~ Menghilangkan jerawat dan jeragat.
~ Melicinkan kulit anda.
~ Meratakan kulit wajah
~ Membantu masalah kulit gelap, kusam, x berseri
~ Mengecilkan pori pori kulit.
~ Kulit menjadi glowing dan pinkish.
~ Membantu kulit lebih elastik.
~ Mencegah faktor penuaan.
~ Menegangkan kulit dan awet muda.
~ Tinggi anti oksidan.


BAHAN-BAHAN SUPER WHITENING  :

~ 550mg ekstrak buah rosehip.
~ Omega-3
~ Omega-6
~ Omega-9

BAGAIMANA SUPER WHITENING BERFUNGSI?

          Super whitening bertindak sebagai booster untuk membantu penyerapan vitamin yang kita makan. Super Whitening Mimy Beauty sesuai untuk sesiapa yang nak cepat putih dan putih kekal.. Ianya sangat berkesan jika diambil bersama Vit C Rosehip Mimy..

CONTOH :

          Kita makan sebotol vitamin c rosehip selama 15 hari, kita akan dapat melihat kulit kita licin dan putih gebu. Tetapi kalau vitamin c rosehip ni diambil bersama super whitening selama 2 minggu, kulit kita akan lebih cepat cantik dan cerah berbanding tanpa super whitening.

CARA PENGAMBILAN SUPER WHITENING :

~ 1 biji sehari sebelum tidur.
~ Diambil bersama dengan vitamin c rosehip.

AMARAN!!!!

MEREKA YANG MENHADAPI MASALAH PENYAKIT KRONIK DILARANG MENGAMBIL KAPSUL SUPER WHITENING.

KENAPA TIDAK BOLEH?

~ Penyakit kronik biasanya akan melibatkan buah pinggang.Mengambil ubat dan vitamin ini boleh membebankan buah pinggang kita.

HABIS TU, TAKKAN TAK BOLEH NAK CANTIK?

~ Bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kronik disarankan mengambil vitamin c rosehip sahaja. Memadai dengan vitamin c rosehip, korang pasti akan merasai kesannya. Vitamin C Rosehip tiada kesan sampingan. Secara tidak langsung akan membantu penyembuhan.

~ Pengambilan vitamin c tidak digalakkan diambil bersama ubat hospital . Jadi, jarak pengambilan tu penting sangat .Nak tahu lebih lanjut boleh baca entry saya sebelum ini tentang Vitamin C Rosehip. Ambil vitamin C tanpa booster pun boleh cantikkan...biarlah lambat sikit effect asal selamat kan...

          Super Whitening ni memang banyak sangat testimoninya .Pelanggan kami menggunakan Super Whitening ini bersama dengan VITAMIN C ROSEHIP. Dan kami menamakan ianya sebagai SET PUTIH KEKAL. Saya akan ceritakan nanti.Tunggu tau...

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Putih Kekal, boleh whatsapp Kaksal... 0192057039.

Isnin, 27 November 2017

Healing crisis


APAKAH HEALING CRISIS?

           Healing crisis ialah jangkamasa penyesuaian apabila muls mengambil supplement.

          Ia adalah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.

          Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simptom yang membuat badan rasa tidak selesa.

          Penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

          Ini bermakna, healing crisis adalah petanda baik bagi mereka yang mengambil supplemen. Sebab itu menandakan,  supplemen ini berkesan dan bertindak balas dengan sistem tubuh kita.

          Mungkin ada yang menganggap masalah mereka semakin buruk dan tidak sesuai dengan mereka.

          Hakikat yang harus kita ketahui,  simptom ini adalah petanda bahawa proses penyembuhan semulajadi sedang bermula.

APAKAH HEALING CRISIS SAMA KEPADA SETIAP ORANG??

❌Jawapannya adalah TIDAK!!!

~Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan.

~Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan .

~Ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan lebih pengambilan.

~Semakin banyak toksin didalam badan, lebih teruk krisis penyembuhan yang akan dialami.

~Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari atau berbulan lamanya.

          Selepas mengambil suplement dan mengalami healing crisis, ramai yang bertambah baik kesihatan mereka dan tak kurang juga yang tak rasa apa-apa perubahan pun..

Masa yang sepatutnya dapat rasa perubahan setelah ambil suplement adalah 1-2 bulan.
Sekurang2nya rasa lebih bertenaga, pergerakan sistem usus lebih baik dan lain2.

Tapi kalai MASIH TAK ADA apa-apa perubahan cek semula perkara2 ni :

­čśíTidak mengamalkannya dengan konsisten.
­čśíTidak mengikut dos yang disyorkan.
­čśíTerus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut.
­čśíPemakanan yang tidak sempurna.
­čśíGaya hidup yang tidak sihat.
❣Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh
❣Mengalami masalah emosi dan lain-lain.

TANDA HEALING CRISIS & PENYEBAB.

1) Keletihan, berasa mengantuk.
PENYEBAB :
~Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih.

2) Sakit kepala, kepala terasa berat.
PENYEBAB :
~Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi.

3) Demam, demam sedikit, keresahan.
PENYEBAB :
~Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan.

4) Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk.
PENYEBAB :
~Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.

5) Kembung, perut bergas.
PENYEBAB :
~Sistem penghadaman yang lemah.

6) Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur.
PENYEBAB :
~Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah.

7) Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair.
PENYEBAB :
~Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi.

8) Hidung berdarah.
PENYEBAB :
~Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

9) Sakit di bahagian otot dan sendi.
PENYEBAB :
~Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit.

10) Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas.
PENYEBAB :
~Proses penyembuhan semakin cepat.

11) Insomnia atau hiperaktif.
PENYEBAB :
~Sistem Saraf yang lemah.

12)Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir.
PENYEBAB :
~Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon.

13) Pendarahan ketika membuang air besar.
PENYEBAB :
~Mungkin buasir.

14) Pening, lapar.
PENYEBAB :
~Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah)
~Anemia (tidak cukup darah merah)

15) Loya, sembelit, sedu
PENYEBAB :
~Sistem penghadaman lemah, masalah hati.

16) Slight Edema (bengkak).
PENYEBAB :
~Masalah buah pinggang.

CARA TERBAIK UNTUK HILANGKAN HEALING CRISIS :

­čĹŹMinum air yang banyak untuk memastikan healing crisis sekurang-kurangnya 3L sehari. In syaa allah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan.

­čĹŹMengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis....

­čĹŹDapatkan rehat yang secukupnya..

Jadi.. Anda Tidak Perlu risau kalau ada simptom yang mencurigakan berlaku...

#mimybeauty #tbaniaga #tbapahang #family10k #

#share kalau rasa bermanfaat.

Isnin, 20 November 2017

Vitamin C Rosehip Mimy Beauty Power Giler


VITAMIN C ROSEHIP MIMY BEAUTY.
HARGA RM 60.00
POSTAGE : RM 8SM/12SS.
SEBOTOL : 30 BIJI .

APAKAH ITU VITAMIN C ROSEHIP?

          Vitamin C Rosehip merupakan supplement terbaik untuk merawat kulit bermasalah seperti jerawat, parut jerawat dan jeragat. Vitamin C Rosehip sangat istimewa kerana ia bukan sekadar vitamin C , malahan Vitamin C Rosehip Mimy Beauty power giler....

          Vitamin C Rosehip diformulakan khas daripada 500gm buah rosehip TANPA campuran bahan lain. Vitamin C yang diformulakan khas dengan gabungan rosehip ini bertindak merawat kulit yg rosak dari dalam secara semulajadi

          Buah rosehip sangat banyak khasiatnya untuk kecantikan dan kesihatan. Vitamin C rosehip dapat membantu mencerahkan kulit seawal 2 minggu. Vitamin C Rosehip mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A merupakan vitamin yang sangat penting untuk kulit.


MENGAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C ROSEHIP?

~ Untuk kulit putih gebu tanpa kesan sampingan.
~ Masalah jerawat.
~ Masalah jeragat.
~ Masalah tona tak sekata.
~ Masalah kulit kusam.
~ Masalah sunburn.
~ Masalah kulit gelap.
~ Masalah resdung.
~ Masalah liang roma terbuka.
~ Masalah dalaman .
~ Merawat luka luar dan dalam.
~ Masalah sembelit.
~ Bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan .


KHASIAT VITAMIN C ROSEHIP :

~ Memberi tenaga sepanjang hari.
~ Mencerahkan kulit gelap, kusam dan tidak berseri.
~ Mengecilkan pori wajah.
~ Menjadikan tona kulit sekata seluruh badan.
~ Menghilangkan tanda tanda penuaan.
~ Menyelesaikan masalah parut di seluruh badan.
~ Menyembuhkan luka tanpa parut.
~ Menjadikan kulit glowing dan cerah berseri.
~ Membantu merawat masalah jerawat di muka dan badan.
~ Melembutkan kulit.
~ Menegangkan kulit dan awet muda.
~ Membuang toksin dalam badan.
~ Membantu merawat resdung dan eczema.
~ Meredakan gejala athma.
~ Menurunkan tekanan darah tinggi,
~ Menurunkan kadar kolestrol.
~ Mengurangkan risiko penyakit jantung.
~ Melawaskan pembuangan.

Dan banyak lagi 1001 fungsi dengan sebiji vit c ni..
Harga juga sgt2 berpatutan. Harga mampu milik.


CARA MAKAN VITAMIN C ROSEHIP :

~ 1 biji sebelum sarapan (semasa perut kosong).
~ 1 biji sebelum tidur.
~ Banyakkan minum air putih untuk membantu penyerapan vitamin c oleh badan.

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN C ROSEHIP :

1 . Elakkan pengambilan vitamin c bersama udang kerana udang boleh mengakibatkan keracunan apabila diambil bersama vitamin c.

2 . Elakkan pengambilan kafein, barli dan air kelapa kerana ketiga-tiga bahan ini boleh menghalang penyerapan vitamin c oleh badan.
***Orang yang suka minum kopi, teh atau nescafe mesti rasa tak seronok kan...
Tapi jangan bimbanglah sayang-sayang semua...
***kita boleh jarakkan pengambilan kafein dengan pengambilan vitamin c ini sekurang-kurangnya empat jam.

***Tak kisahlah empat jam sebelum atau empat jam selepas.
Kerana selepas empat jam, apa yang kita makan sudahpun dihadamkan dan diproses.
***Tapi kalau boleh tinggalkan terus lagi bagus.Kerana bila kita makan vitamin, ia akan kekal di dalam sistem badan kita. Jika kita ambil kafein, penyerapan vitamin akan tersekat.
Jadi, kesan vitamin yang kita ambil akan lebih lambat terlihat kesannya dari mereka yang tidak mengambil kafein langsung.*

3 . Kurangkan minum air berkarbonat.
4 . Banyakkan makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan


KENAPA VITAMIN C MIMY BEAUTY BERBEZA DARI VITAMIN C LAIN?

Vitamin C Rosehip:

1 . Dihasilkan daripada 100% buah rosehip.
2 . Dihasilkan daripada 500MG BUAH ROSEHIP untuk menghasilkan 1000MG VITAMIN C .
3 . Vitamin organik tanpa sebarang campuran.

Vitamin c produk lain biasanya :
1 . Mengandungi campuran vitamin E.
2 . Mengandungi campuran KOLAGEN.
3 . Mengandungi campuran mutiara .
4 . Mengandungi campuran glutathione .
5 . Mungkin juga bahan lain juga.

Menurut KAJIAN saya sendiri,

1 . Ramai yang tidak boleh mengambil KOLAGEN
~kerana kolagen mengaktifkan sel kanser.
~Seorang yang mempunyai masalah fibroid, doktor menyarankan untuk tidak mengambil sebarang produk berkolagen kerana kolagen akan memberi kesan negatif terhadap pesakit.

Bagi pengidap kanser mahupun fibroid, yang teringin cantik ianya satu masalah dan ianya berbahaya untuk jangka masa panjang jika diambil secara tidak terkawal. (Sumber google)

2 . Ramai juga yang alahan pada SERBUK MUTIARA.
~ Saya sendiri pernah menulis kisah pengalaman saya sendiri yang alah dengan produk mutiara asli sampai demam dan sakit sendi satu badan sampai rasa macam nak mati. Serik tau... Kalau korang pernah bacalah kan...
~ Ada juga yang akan naik bintik merah yang gatal kalau mengambil produk mutiara.

3 . Bila dikaji, sebenarnya mutiara boleh mengumpul toksin seperti logam berat merkuri. Dan memberi kesan pada mutiara yang diproses. Jadi, tak semua org boleh ambil mutiara.


APAKAH ROSEHIP?

          Rosehip ini adalah buah dari biji bunga mawar. Buah rosehip menyerupai keluarga buah-buahan berri. Di negara Barat, rosehip sangat terkenal dan digunakan sebagai herba untuk kecantikan. Rosehip tumbuh pada akhir musim mawar mekar.


KHASIAT BUAH ROSEHIP YANG PATUT KITA TAHU :

1. VITAMIN C.

~ Vitamin C berfungsi membentuk dan memelihara KOLAGEN tubuh secara semulajadi.
~ Meningkatkan imuniti tubuh .
~ Vitamin C KAYA ANTIOKSIDAN untuk :
    ~ Untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh.
    ~ Mencegah kanser.
    ~ Meningkatkan Fungsi Metabolik Tubuh.
    ~ Membina dan memperbaiki tisu badan.
    ~ Meningkatkan fungsi kelenjar adrenal.
    ~ Membina gusi yang sihat.
    ~ Mengelakkan Atherosclerosis(kolestrol jahat)
    ~ Menyingkir toksin dari badan.

***Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh***

2 . VITAMIN A (vitamin kulit).
~ Merangsang penghasilan sel-sel kulit baru.
~ Memperbaiki parut dan luka.
~ Menjadikan kulit lebih anjal.
~ Mencegah kedutan.
~ Melembapkan kulit.

BERAPA LAMA MAKAN VITAMIN C ROSEHIP BARU NAMPAK KESAN ?

          Kesan Vitamin C Rosehip Mimy Beauty pada setiap individu tidak sama. Ia bergantung kepada hormon , cara permakanan , dan sensitiviti kulit masing-masing. Jika anda mempunyai masalah kulit yg teruk, kesan vitaminc mungkin agak lama. Paling awal nampak kesan ialah seminggu dan paling lama ialah 3 bulan. Kalau anda baru makan sebotol vitcrosehip tapi masih xnampak kesan.. Diharap bersabar ye.. Mungkin kesan akan nampak pada botol ke-3 ke.. botol ke-4 ke?


          Contoh adik kita ni, baru habis sebotol vitamin c,Makan pula skip-skip aje.Tapi kulit beliau nampak ketara semakin cerah.

Jom layan beberapa testimoni.













          Hakikat yang tak dapat disangkal lagi, testimoni vitamin c rosehip ni mencecah belasan ribu tau...Semuanya testimoni original tanpa edit.Sayapun sudah menghabiskan tiga botol vitamin c rosehip. Ertinya sudah sebulan lebih saya ambil vitamin ni.

          Nak tau apa kesan yang saya dapat? Memang banyak sangat terutamanya dari segi kesihatan. Nak testimoni kecantikan, tunggulah entry saya akan datang. Banyak yang saya nak kongsikan. Buat masa ni, saya sangat berpuas hati kerana parut diwajah saya sudah hilang. Parut di badan juga lesap. Yang pasti, kulit saya yang hangus rentung dah nampak licin dan cerah. Alhamdulillah...

BERMINAT NAK CUBA VITAMIN C ROSEHIP???

TERUS WHATSAPP KAKSAL , 019-2057039 .

BOLEH TANYA APA YANG KORANG NAK TANYA,ATAU....
TERUS MINTAK NOMBOR AKAUN KALAU DAH BERSEDIA.


Klik gambar untuk ke senarai produk mimy beauty

Jumaat, 17 November 2017

Rangkain Produk Mimy Beauty

Produk mimy beauty dan harga. 

          Rangkaian produk mimy beauty ada 8 item yang sangat hebat fungsinya.

          Saya ingin memperkenalkan secara basic,  apakah itu rangkaian produk mimy beauty yang kini menjadi viral kerana testimoninya yang beribu-ribu. Ianya terdiri dari:
Vitamin c rosehip

          Produk killer dari mimy beauty adalah dari set putih gebu iaitu vitamin c rosehip yang terbukti tersangatlah banyak manfaatnya.

          Ia adalah supplemen terbaik yang dihasilkan dari buah rosehip yang sangat berkhasiat.

          Paling istimewa,  vitamin c rosehip dihasilkan 100% dari buah rosehip. Ini ertinya,  vitamin c rosehip mimy adalah organik dan tanpa sebarang bahan kimia.
Super whitening

           Kedua,  super whitening vitamin ini pula merupakan peroduk yang dicipta sebagai booster untuk membantu penyerapan vitamin oleh badan kita.
Face scrub

           Bila kita makan kedua-dua produk tadi,  kita boleh dapatkan hasil kulit yang licin,  putih dan gebu gebas.

          Face scrub mimy beauty pula adalah produk tambahan untuk membantu kulit kita sentiasa bersih dari black head dan white head kerana pori yang tersumbat.
Egf serum

          Serum pula akan membantu pengawalan minyak diwajah, mengecilkan pori kulit untum menjadikan kita awet muda.
Rosehip spray

          Whitening rosehip spray adalah spray yang dapat membuat kulit kita glowing dan membuatkan make up kita tahan lama. Disamping itu,  manfaat lain rosehip spray memang banyak. Nanti saya akan ceritakan kemudian.
Mandian susu kambing

          Bagi mereka yang nak kulit cantik dan putih gebu, jangan risau kalau tak nak produk makan. Takutlah katanya kan...

          Mandian susu kambing adalah alternatif untuk menjadikan kulit kita gebu gebas dari luar. Mandi je dah putih.
Losyen putih gebu

          Losyen putih gebu ni pula,  membantu kita untuk menggebukan,  putih,  cerah berseri dari luar.
Body scrub

          Produk terakhir,  7 fruits body scrub yang dihasilkan dari tujuh jenis buah buahan yang sangat hebat dalam mencantikkan kulit kita.

          Body scrub mimy berfungsi sebagai bahan untuk menanggalkan segala nida hitam daki dan kerak kerak daki yang dah sebati melekat dibahagian badan kita yang tersembunyi macam kat celah ketiak dan pelipat siku dan sebagainya.

          Cukuplah dulu sebagai pengenalan apakah itu rangkaian produk mimy beauty.
Insyaallah saya akan huraikan satu persatu nanti.

          Tak kenal maka tak cinta. Jangan marah kalau saya jatuh cinta dengan produk mimy beauty ni tau... Saya dah guna sendiri. Alhamdulillah... Inilah kali pertama saya terus menjadi agen selepas sekian lama saya menjadi dropship.

          Kenapa saya pilih mimy beauty?  Sebab ianya berkesan dan organik tanpa kesan sampingan.

          Malahan banyak khasiat yang saya sendiri tidak tahu sebelum mengenali produk mimy, dalam erti kata lain, saya buktikan sendiri.

TAK SABAR NAK TAU INFO MIMY BEAUTY???

WHATSAPP KAKSAL

0192057039

SEKARANG!!!

ATAU NAK SAVE DULU NOMBOR SAYA NI... LAIN KALI NAK ORDER SENANG KAN...

Akhir sekali,  Assalamualaikum...
Miss you all...
Miss my blog.




Rabu, 1 November 2017

Coretan rindu buat Ayah



25hb september 2017

          Balik dari kerja,  lipat kain baju yang tak sempat disiapkan semalam. Tiba- tiba kiri kanan telinga terasa panas berbahang seperti cuaca sangat panas. Saya terhenti melipat baju untuk beberapa minit. Terasa pelik sangat. Kenapa kat badan dan kaki tak panas. Jantung terasa berdegup laju tanpa sebab. Astaghfirullah hal azim...

          Beberapa minit kemudian, dapat berita dari grup whatsapp keluarga bahawa ayah kemalangan dengan lori pasir. Ayah pula bawa motor katanya.  Risaunya hati...

          Ketika hendak menunaikan solat maghrib,  saya menerima panggilan dari anak buah, " tokki dah meninggalkan " katanya .  Hanya Allah yang tahu betapa hancur luluh hati ini.

          Melihat gambar dan video ditempat kejadian membuat kaki saya terasa goyah.  Jantung yang tadinya laju kini terasa berhenti berdegup. Solat diteruskan dengan penuh berserah kepada Allah, moga doktor silap buat andaian. Aku mahu ayah hidup. Aku rindu ayah.

          Malang sekali kereta kami sudah tamat tempoh cukai jalannya. Kebetulan Along sedang dalam cuti semesta,jadi kami mencari kereta yang boleh dipinjam. Kalau boleh disewa lagi bagus,tetapi di kampung ini mana nak cari kereta sewa. Malang sekali,  tiada yang berani nak bagi along pandu. Nak pinjam sekali dengan pemandu,  masing masing ada urusan. Akhirnya kami pasrah. Esok pagi naik bas ke Kuantan.

          Menanti pagi, sukarnya nak lelapkan mata. Hanya doa mampu dititipkan. Aku pasrah dengan ketentuannya.Namun hati ini bagai menyalahkan semua orang kerana ketika ada kematian begini pun, masing-masing masih berkira takut kereta mereka rosak kalau dipinjamkan.

          Jauh benar saya berfikir malam ini. Kalaulah saya ditempat mereka, sanggupkah saya meminjamkan kereta kami untuk sebuah kematian? Insyaallah...kami pernah meminjamkan kereta kami lebih dari dari kes kematian. Pinjam berbulan-bulan pun ada. Bila pulangkan kereta, minyak hitam sampai kering kontang. Sedangkan kali ini kisah hidup dan mati. Sampai hati mereka. Sedihnya hati ini hanya tuhan yang tahu. Nak sampai kepagi terasa begitu lambat. Harapan hati moga dapat saya melihat Arwah buat kali terakhir.

26hb September 2017

Masih dalam perjalanan. Tak sabar bertemu insan tersayang yang dirindui selalu.
Kali ini berbeza, hanya jasad yang bakal kutemui. Sedangkan rohnya sudah dibawa pergi. Hakikat saya sangat merindui ayah tidak dapat disangkal lagi. Ayah yang selalu memanjakan saya lebih dari ibu memanjakan saya. Ayah yang selalu memuji saya walaupun untuk perkara yang kecil. Membuat saya sentiasa bangga mempunyai seorang ayah yang saya panggil ayah.

Jam 8.22 pagi,

Grup whatsapp mengongsikan berita, jenazah sudah siap dimandikan, dikafankan. Disolatkan 3 kali. Alhamdulillah... Ramai yang datang. Hati saya mulai tidak karuan. Sempatkah saya melihat wajah ayah buat kali terakhir?

Jam 9.00 pagi,
Tiga jenazah dikuburkan dalam satu liang lahad. Melihat dari grup whatsapp keluarga, gambar orang sedang menimbus tanah . Terasa jantung saya berhenti berdegup. Nafas terasa sesak. Tanpa hiraukan orang lain, saya terpaksa membiarkan air mata mengalir membasuh segala kesedihan dihati. Sedihnya hanya tuhan yang tahu. Tak sempatkah saya nak melihat wajah nya buat kali terakhir? Tidak sempatkah nak mengucup dahinya buat kali terakhir?

          Saya masih tidak berpuas hati. Saya tetap bertanya apakah benar jenazah sudah dikebumikan? Alhamdulillah... semuanya sudah selesai. Ketika itu terasa kekecewaan yang teramat sangat. Hati memanggil ayah seolah-olah saya tidak rela ayah dikebumikan sebelum saya melihatnya. Namun begitu, apalah daya saya, semuanya sudah ditentukan Allah. Saya menangis disepanjang perjalanan.

          Terbayang diruang mata saat terakhir saya menyalami dan memeluknya. Entah mengapa pertama kali saya merasa seperti tidak mahu melepaskan pelukan. Sehingga arwah ayah yang meleraikan pelukan. Tidak pernah saya sangka ianya adalah pelukan yang terakhir buatnya.

Jam 10.55,

Bas berhenti di terminal temerluh dan akan bergerak pada jam 11.30 pagi. Temerluh adalah tempat biasa bagi kami. Bak kata orang, tempat berak.hihi, Setengah jam menunggu,  setiap orang yang lalu di depan saya, selalu terlihat seperti ayah. Padahal tak sama langsung... Ini membuat saya sentiasa menoleh dua kali. Ternyata dalam kepala saya kini hanya ayah,  ayah dan ayah.

Jam11.30,

Bas bergerak laju. Membawa hati lara yang kian terasa kosong. Sampai ke sana nanti, saya tetap tidak dapat melihat ayah lagi. Apalah gunanya saya berkejar kesana? Begitu kejam saya menghukum. Itulah yang terlintas difikiran saya ketika hilang sedikit akal waras.

          Dipendekkan cerita, akhirnya saya sampai ke Kuantan, Alhamdulillah...saya sudahpun tenang dan redha. Kami melawat kubur arwah di Kampung Peramu. Dari cerita yang dikhabarkan, alhamdulillah...membuat hati saya sangat tenang.

          Menurut cerita keluarga, arwah ayah masih sedar ketika di tempat kejadian. Arwah sempat memangku kepala arwah ibu tiri saya. Ada yang bertanya khabar dan arwah ayah masih mampu menjawab seolah-olah dia tidak ada apa-apa. Perkhabaran bahawa isterinya sudah meninggal juga dijawab dengan tenang. Arwah ayah dimasukkan di wad icu kerana kehilangan banyak darah.Tetapi arwah masih lagi sedarkan diri.

          Namun begitu, tanpa disangka-sangka, arwah kritikal dan keluarga yang ada dipanggil. Ketika itu juga keluarga terpaksa mengizinkan doktor mencabut segala bantuan. Redhakanlah pemergiannya.
Yang paling menyejukkan hati adalah ayat adik ipar saya ni ,
"Kalau kakne bayangkan muka ayah semasa dia tidur di atas kerusi sambil tengok tv tu, macam tulah muka ayah semasa ayah dah meninggal. Tenang dan tersenyum seperti tidur. "

          Alhamdulillah... walau hati sedih, serba sedikit cerita ini dapat menenangkan hati saya yang masih sangat teringin nak menatap wajah ayah. Tambahan pula, segala urusan pengebumian dipermudahkan oleh Allah swt . Semuanya sudah selesai. Tinggallah anak-anak menyelesaikan tugas sebagai anak soleh. Semoga arwah ayah dan ibu diampunkan Allah dan kami dapat bertemu di syurga nanti. Aamiin...

          Sekian...

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mendoakan dan membantu urusan pengebumian arwah ayah saya. Ribuan terima kasih juga buat sahabat saya Lia yang menenangkan saya di saat saya sangat memerlukan sokongan dari seseorang. Terima kasih buat suami yang sangat memahami. Terima kasih juga buat rakan sekerja, Boss, Big boss, jiran-jiran BBK , jiran-jiran di Jengka 12 yang sudi datang, dan semua yang menyokong dan memberi semangat kepada kami.

          Kehilangan ayah adalah satu kehilangan yang sangat terkesan buat saya. Kerana ayah adalah insan yang sentiasa tersenyum, tidak banyak bercakap, tetapi setiap nasihat darinya adalah sangat ikhlas. Ayah akan selalu ketawa bila mengeluarkan sebarang kenyataan agar orang yang mendengar tidak tersinggung. Yang pasti, saya sangat rindukan ayah.

          Kini sudah sebulan lebih ayah pergi. Baru hari ini saya dapat mengedit coretan ini. Dah lama saya tulis sebenarnya...tapi tak sempat nak poskan sebab tak cukup masa. Kenapa tak cukup masa? nantilah saya cerita. Dah ada beberapa post entry yang saya buat tapi tak sempat nak edit.huhuhu...sadis. Takpelahkan...nanti saya buat.hihi,

          Coretan rindu buat ayah ini saya akhiri dengan  ucapan, Assalamualaikum.

Sabtu, 30 September 2017

Dian Nano Removal Cream

DIAN NANO REMOVAL CREAM
PERTAMA DI MALAYSIA

HARGA ASAL RM60.00

OFFER:

HARGA :RM 50.00
POSTAGE : RM8/12

Yeayyy produk baru dari DIAN LEGACY!! Tak perlu cabut! Tak perlu wax! Tak perlu cukur! Tambah2 bercukur kulit akn jadi kehitaman.. Nahhh hanya sapu DIAN NANO REMOVAL CREAM!!

CARA GUNA :-

sapu pada bahagian bulu , tunggu seketika (5minit ) , lap dengan wet tisu dan bilas
tak perlu cabut , tak perlu wax . tak perlu cukur


KELEBIHAN :
~Semudah ABC , tak perlu cabut , tak perlu wax . tak perlu cukur.
~Mencabut hingga ke akar.
~tidak menghitam kan ketiak / celah peha /miss v malah memutihkan
~Mengurangkan kehitaman ketiak / celahan peha / miss v
~Apabila di sapu akan keluar daki2 degil ( lihat pada tisu )
~Kesan serta merta
~Bulu lebih lmbt tumbuh ( 2mggu-3mggu )
~Kurangkan bau badan ( jika di gunakan di kawasan ketiak )
~Tidak memedihkan , tidak menyakitkan
~Ada kelulusan kkm ( NOT151200270K )

P/S :
~Boleh di gunakan semua peringkat umur ( asalkan ada bulu )
~Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu
~Di gunakan di kawasan bulu sahaja ( miss v , celah peha , punggung , kaki , peha ,misai , kening )

U ntuk kesan lama,  selepas semua bulu tiada,  sapukan dian Nano Lightener cream. Bulu akan lambat tumbuh semula.

Jangan guna kat muka tau... Kalau bulu roma kat muka,  korang gunakan masker pun dah boleh tanggal.

Berminat,  whatsapp Kaksal 019-2057039

Sabtu, 26 Ogos 2017

Perasmian Bulan Kemerdekaan 2017 SKBY

           Pada 23hb Ogos 2017 iaitu semalam,  acara Perasmian Bulan Kemerdekaan 2017 SKBY diadakan. Tema hari kemerdekaan untuk tahun ini adalah "NEGARAKU SEHATI SEJIWA".

          Dengan ini akan bermulalah berbagai aktiviti yang bertemakan merdeka di Sekolah Kebangsaan Batu Yon sehinggalah  ke sambutan hari Malaysia nanti.
Persediaan pentas pada hari sebelumnya. 
           Pagi ini,  murid-murid berhimpun di dataran SKBY diiukuti dengan bacaan doa,  nyanyian lagu negaraku dan beberapa buah lagu patriotik. Saya mengambil kesempatan merakam video untuk koleksi . Sayangnya lupa nak ambil gambar. Hanya gambar ni aje yang ada untuk dipaparkan buat korang tengok.
           Selepas perasmian oleh Puan Haliza merangkap guru besar SKBY DAN diikuti laungan merdeka oleh YDP SKBY iaitu Encik Hamzah dan murid- murid sekolah, pihak muzium Kuala Lipis telah dijemput sebagai peransang minda anak anak untuk menghargai nilai kemerdekaan negara kita.
           Walaupun mereka tidak dapat mengangkut satu muzium untuk dipamerkan,  memadai semua ini untuk menimbulkan rasa kagum dihati masing masing.
           Berbagai jenis senjata dipamerkan seperti keris dan badik.  Maafkan saya kerana gambar berkualiti tidak dapat dipersembahkan kerana cahaya lampu diatas kepala membuatkan gambar terlebih effect. Huhu...
           Saya tertarik dengan bebetapa barang antik. Jadi sayabpilih beberapa jenis barang untuk dikongsikan. Kalau korang perhatikan betul- betul,  senduk ini diukir dari kayu keras dan pembuatannya sangat rumit dan teliti. Hebatnya kemahiran dan kreativiti orang dahulu.
           Yang ini pulak,  gayung dari tempurung kelapa yang bertangkaikan kayu yang keras. Pembuatannya sangat kemas dan teliti. Teringat senduk dan cebok kat rumah saya.  Berapa bulan aje guna dah tercabut tangkailah... Pecahlah...  Tak tahan langsung.
           Yang ini pulak tepak sirih.  Tepak sirih ni antik punyalah kan... Dibuat dari tembaga.  Ternampak gobek sirih tu teringat arwah nenek saya.  Semasa hayatnya,  selalu saya menjadi tukang tumbuk sirih untuk beliau.

          Bila dia rasa nak makan sirih,  dia akan cakap "Ne,  tolong buat sieih kat Tok" .Sayapun ambillah sirih dua helai,  petik buang tangkaing,  sapukan dua calit kapur sirih,  campurkan sedikit pinang yang diracik nipis dengan kacip dan sedikit gambir.  Lipat lipat dan sumbat kat dalam lubang gobek dan tumbuk dengan alunya yang diperbuat daripada kayu bulat yang diraut cantik.

          Sayangnya saya tak pernah ambil tahu dimana gobek tersebut berada. Satu lagi yang saya ingat,  arwah mempunyai sikat yang diperbuat daripada tanduk yang berwarna hitam dan ianya juga entah ada pada siapa selepas pemergian arwah.
           Tapis santan tembaga ni juga sangat menarik. Lubangnya halus sahaja.  Zaman sekarang ni mana ada yang macam ni. Kalau adapun tapis yang lubangnya kasar dan santan perlu ditapis semula kerana kelapa banyak yang lolos.
           Bekas habuk rokok pun hado...
           Penapis atau acuan cendol ni lagilah kagum kita tau... Tempurung kelapa dikikus dan ditebuk cantik dengan pemegangnya diperbuat daripada kayu keras.  Korang cuba bayanfkan kwrja menebuk lubang tu. Bukan sebarang kerja tu... Kalau ketul,  haruslah pecah tempurung kelapa tu kan...
  
           Pinggan tembikar ni memang kuat.  Setakat jatuh sikit tu memang kalah pinggan alcoroc dan alcopal tu. Tak pecah punya. Yang empat segi tu pulak,  diorang jadikan bantal pelapik tidur. Korang hado?  Hahaha...
           Kukur kelapa yang diperbuat daripada kayu keras, siap dengan ukiran yang cantik. Kayu mampat nu tau... Berat kalau nak angkut pindah2 banjir ni. Hihi.
           Pelita?  Entahlah camana ianya berfungsi.
           Periuk tembaga ni kan... Lebih kurang dengan periuk arwah mak masak bubur untuk adik-adik saya dulu. Tapi sayapun tak pernah bertanya ayah apakah ianya masih disimpan kemas seperti ketika arwah menjaganya. Siap dibungkus kemas dan disimpan di bawah katil.
           Jongkong emas ni memang menarik perhatian ramai. "Emas betul ke tu? Berat ke? " itulah soalan yang paling top.
           Sambil menunggu giliran untuk melawat pameran, pelajar tahap satu menyertai pertandingan mewarna merdeka. Manakala pertandingan melukis poster untuk pelajar tahap dua.
          Peserta terpilih untuk gambar blog saya... Haruslah buah hati saya yang paling comel dihati ku ini... Hihi

          Dan yang terakhir sekali adalah sesi menjawab kuiz.  Bukan main seronok anak anak berebur nakkan hadiah.

          Semuanya dah berakhir dan sambutan bulan kemerdekaan baru bermula. Apa yang penting,  saya melihat satu semangat yang berjaya dipupuk dengan majlis ini.

Dikesempatan ini,  saya ingin menfucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya kirban untuk semua pembaca blog nu.

Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...